Salam. Hi :)
Cubaan untuk kembalikan keterujaan berblog, setelah bertahun lamanya jari jemari ni tak menari atas keyboard menaip di blog. Menaip assignment, kertas kerja, report ada la. Tak kurang juga ligat menaip dek berfacebook, bertwitter, dan berinstagram. Kekdahnya facebook twitter instagram ni berkonsep "segera" gitu. Sebab dedulu zaman fb twt ig ni baru nak naik, blogging was fun. And konsep socmed via mobile pun belum bebetul in trend mcm sekarang. Mostly dulu kalau nak bersocmed (read: ber-social-media) kena buka pc or laptop. Gigih tau dedulu cari masa ke cyber cafe kolej kejap untuk surf tenet, especially bila broadband laptop hampeh tak dapat signal line (ataupun tak bayar bil lagi letew) aha! Memori tu.
Sekarang zaman dah maju, teknologi makin berkembang. Bila wujudnya smartphone yg membolehkan pengguna socmed login via mobile je, the trend totally changed. I can say quite fast. Lama kelamaan kewujudan cyber cafe makin tak relevan utk pengguna socmed masa kini. Sekarang ni cyber cafe mostly more to gamers pulak kan (maybe?). Cepat masa berlalu. Macam tak percaya masa dah berlalu dan berubah (dan actually aku pun mula tersedar yg aku bukan remaja lagi dah omg, dah di ambang dewasa la kot haha). Well as the time goes by, actually sekian lamanya aku peramkan blog ni bukan sbb dah tak minat or tak mahu berblog, tp kekangan masa & idea bernas nak berblog sangatlah menghasut aku utk "shut down" kejap.
Tp pejam celik pejam celik, tak sangka pulak "kejap" tu bertukar jd "beberapa tahun" ehehe. I still have passion for blogging, seriously. But you know, priorities. :) Aku pilih utk fokus bagi habis study bebetul. Sbb bila aku cuba cari masa utk update blog (and mmg banyak benda boleh share dlm blog ni sbg kenangan & bacaan masa tua aku nnt), seriously tak menyempat. It's not like you login, klik new post, taip status mcm status facebook or twitter and post, tadaaa~ Oh bukan begitu. Blogging perlukan fokus ok hahaha! Cukuplah penat & serabut perah otak nak menyiapkan segala assignment & kertas projek huhu. Aku takde masa nak duduk bebetul depan laptop, like just for blogging. Kalau aku free pun aku bantai qada' tidur je eheheh! See, priorities lah tu. Kalau aku penat letih mengantuk2 tu taip entry blog, idea nak menaip tu mmg susah muncul (mungkin tak muncul langsung).
Tp aku salute lah mereka yg mampu fokus study, habis study dgn result bagus, and dlm masa sama masih menyempat berblog. Alhamdulillah lepas beberapa tahun (3-4 tahun kot) habis belajar and dah kerja ni, barulah ada sikit masa terluang nak rehat, nak berjalan bercuti, nak jalan2 cari makan hehe. Better sikit la dpd zaman belajar (kot). Rasa nak berblog semula makin membuak-buak sbb aku dah makin rindu nak berpotpet mcm dulu. Lama-kelamaan aku sedar lately ni aku mula up status facebook yg agak panjang (bila kongsi cerita/pendapat/review something), so why not aku cerita dekat blog je, kan? Ngee. Blog ni mungkin juga akan jd diary jugak huhu so kalau tetiba rasa ada benda menarik & happy bg aku, mungkin aku rasa nak semadikan dlm blog sbg kenangan gitu. :)
Okay lah, panjang pulak menaip. Nak lepaskan rindu berblog katakan haha! More stories nnt sambung kat next entry. Masa menaip entry ni, aku baru je lepas kemas beg2 baju nak pergi jalan2.Ye lah nak hujung tahun ni budak pun dah start cuti sekolah so family pun planning nak berjalan 1 family. Since aku pun belum apply "block leave" kat boss, bolehlah aku apply masa cuti sekolah ni. Tak jalan jauh2 pun, dalam Malaysia je. Kalau ada tempat menarik masa jalan2 ni nnt aku share la kat sini.
Lastly, motip entry ni actually aku mcm tak percaya aku masih berblog lepas bertahun stop kejap aktiviti berblog ni hehehhe. Tp kali ni aku tak harapkan followers ramai ke blog famous ke apa, saja rasa nak berblog and jadikan blog ni diary aku. Ok bye selamat bercuti! :)
No comments:
Post a Comment